Pages

Welcome

Powered by Blogger.

About

Tuesday, November 19, 2013

Gawai Merdeka Raya

Alhamdulillah...tahun ini dapat juga Raya Aidilfitri degan keluarga. Seronok sgt, igtkan bila dah dok jauh dengan family susah nak balik dan berhubung. Apa pun nak cakap mengenai sambutan Gawai Merdeka Raya di UPMKB yang diadakan selepas cuti hari raya. Agak meriah apabila menyambut raya dengan kawan2 Diploma Perhutanan sekalian. Apatah lagi menyambutnya di bumi Sarawak ini bersama Sarawakian and Sabahan. Pelbagai juadah hari raya disediakan. Rase mcm kt semenanjung plak dengan hidangan rendang, nasi briyani, ketupat and lemang. Dihiburkan lagi dengan persembahan dari pelajar UPMKB yang sangat berbakat.



Lots of joy that moment.

Kehidupan Kampus

Alhamdulillah....admin dapat menyambung plajaran di peringkat diploma di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Jauh betol, mula2 rase keberatan juga nak pergi tapi bila dipikirkan tentang peluang, terus pergi. Mungkin ini sahja peluang admin melanjutkan pelajaran. Admin mlanjutkan pelajaran di Diploma Perhutanan. Padahal nak sangat Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan sebab mmg cita2 admin nak jadi doktor haiwan. Tapi tak pe kerana field untuk diploma perhutanan ini sangat luas dan ada merangkumi bahagian hidupan liar. InsyaAllah...dpt jdi Veterinar suatu hari nanti klu tak, jdi zoology or pegawai hidupan liar pon tak kesah. Apa2 pon kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukannya.

Apa pon kehidupan kampus sebagai seorang siswazah sangatlah menyeronokan. Di sini, admin dapat ramai kawan baru yang happening giler. Apatah lagi admin belajar di bumi Sarawak, sgtlah seronok apabila dapat ramai kawan dr Sabah dan Sarawak. Kalau kt semenanjung tu agak susah nak dapat kawan dari kepulauan Borneo ni.



Admin dengan kawan2 baru admin di UPMKB. Ramai juga pelajar yang dr semenanjung menyambung pelajaran kt UPMKB yang indah permai ni. Sempat lagi snap kt dalam makmal time buat eksperiment.

Gambar bersama coursemates admin. Loves them.

Selepas SPM

Wah...sudah lame yer admin tidak post blog. Maklumlah sibuk sikit. Masa yang terluang ini admin nk post sikit tentang selepas habis SPM. Admin bekerja part time kt restoran Papa Johns Pizza di KL Festival City dekat Danau Kota. Admin jadi bahagian service kt situ, amik order and hntar makanan. Banyak pengalaman yang admin dapat masa tu. Admin bekerja lebih kurg dalam 5 bulan gitu. Just nak cakap yang kt situ dapat jumpa kawan baru, staff and manager Papa Johns Pizza tu pon giler2 juga macam admin (sekepala gitu).

Yang ini waktu kami buat sprint cleaning selepas closing. Admin yang memakai sweater hitam tu. Lama juga buat cleaning ni sampai 1:30 a.m kalau tak silap. Kami buat sprint cleaning ini pon sebab dapat tahu yang bos nak datang. Haha...terserlah ke hipokritan di situ. Asyik buat kerja jer, admin la pencetus nak amik gambar waktu ini.

Admin bersama staff Papa Johns (kiri) dan manager kami yang cute ini, Fifi. Fifi ini seorang yang baik hati, sopan santun and lemah lembut orangnya. Mesti pelik bila orang sebegitu menjadi manager tapi pada pendapat saya dialah yang terbaik.

Kami berkaraoke selepas closing. Time ini betul2 selepas hari menerima gaji. Hehe...bestnya waktu ini.

Yang ini waktu admin resign dari Papa Johns kerana mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Rasa sedih untuk meninggalkan mereka kerana kami dah macam adik beradik kt sini selama 6 bulan. Manager Fifi(kiri) yang paling bersedih time admin resign sampai dia menangis. Lagipun, kami ini dah macam adik beradik, berkongsi masalah yang dihadapi. Sampai sekarang admin masih teringatkan dia.
 

Blogger news

Blogger templates