Disebabkan oleh blog inilah ramai pelajar lepasan SPM bertanyakan mengenai tempat yang aku belajar ini iaitu Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak...
Ok, actually ramai yang tak tahu adanya UPM di kampus Bintulu ini...
Sampai ada yang bersemangat untuk apply UPM ini, mereka ingatkan diserdang...
Rupannya bila keputusan dah keluar di Sarawak...
Walaubagaimanapun, jangan bimbang, ibarat perpatah melayu berbunyi 'jauh perjalanan luas permandangan'...
Ambillah perluang ini sebaiknya...
Admin juga sukar untuk membuat keputusan sewaktu menerima tawaran ke kampus Bintulu ini, tapi selepas mendengar penjelasan dan komen membina dari guru sekolah, berasa excited nak pergi sana...
Mngenai kampus, khas bagi pelajar diploma, Bachelor Sains Bioindustri, Master dan ph.D lah...
Antara program diploma yang ditawarkan ialah Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan (DKHP), Diploma Pertanian (DPT), Diploma Perikanan (DPI), Diploma Perhutanan (DPH), Diploma Pengurusan Peladangan Makanan (DPPM), Diploma Perniagaantani (DPNT) dan Diploma Kejuruteraan Pertanian (DKP).

